IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA
Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia bagi
mengisi kekosongan jawatan bertaraf SEMENTARA di Lembaga Koko Malaysia seperti
berikut:-
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT - (Bil. Kekosongan : 2)
[Penempatan : Ibu Pejabat LKM, Kota Kinabalu]
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
iii. Taraf Jawatan : Sementara
iv. Jadual Gaji : Gred F29
Syarat Kelayakan
a) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred F29: RM1,745.69); ATAU
b) Diploma dalam bidang kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
(Gaji Permulaan ialah pada Gred F29: RM1,820.89);
DAN
c) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk membangun (pemprograman) dan melaksana sistem aplikasi komputer secara profesional dengan menggunakan kaedah/teknologi IT terkini.
Syarat-Syarat Permohonan
i) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan.
Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Calon-Calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada
syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang
boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat www.koko.gov.my
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Diploma, (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), SPM/SRP/PMR/Darjah 6, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Jumaat 21 Jun 2013 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:
KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat.
Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Kekosongan Jawatan Lembaga KOKO Malaysia (LKM) Jun 2013
Thursday, June 13, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment