KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENGAJAR GRED UDP DI FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan tersebut dengan
syarat-syarat berikut:
Kelayakan:
(i) Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas.
(iii) Kepujian Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Imbuhan Bulanan:
Honorarium RM2500.00
Taraf Jawatan: Kontrak (bagi suatu tempoh yang ditetapkan).
Umur Pada Tarikh Tutup Iklan:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Penempatan: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra
Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan: Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2013.
Cara Memohon:
(i) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh didapati dalam laman web Pejabat Pendaftar
UPM atau diperolehi dengan cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my
(ii) Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama dengan Curriculum Vitae,
salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan Diploma
jika berkaitan) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dengan sekeping gambar berukuran pasport.
(iii) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
Ketua,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor.
(U.P : Cik Syaakiratul Hasanah Rossidi)
Perhatian:
(i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
(ii) Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemu
duga.
(iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment