Jawatan Kosong Terbuka BERNAMA Tahun 2015

Friday, December 26, 2014

Jawatan kosong BERNAMA, Agensi Berita Nasional Malaysia terkini 2015. Peluang kerjaya dan kerja kosong terbuka BERNAMA dengan senarai kekosongan jawatan dibawah ini. Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan.
Logo BERNAMA

1. PEGAWAI TADBIR GRED N52 (JAWATAN SECARA PINJAMAN)

KELAYAKAN:

  • Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan/Negeri dan Badan-badan Berkanun Persekutuan/Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan serta sekurang-kurangnya berada pada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N52;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam mana-mana yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya;
  • Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang kesetiausahaan syarikat;
  • Memiliki pengalaman selama lima belas (15) tahun dalam bidang yang berkaitan;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris yang baik.

2. AKAUNTAN GRED W48 (JAWATAN SECARA PINJAMAN)

Kelayakan:

  • Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan/Negeri dan Badan-badan Berkanun Persekutuan/Negeri serta sekurang-kurangnya berada pada Skim Perkhidmatan Akauntan Gred W44 atau Akauntan Gred W48;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya;
  • Memiliki pengalaman selama lima (5) tahun dalam bidang perakaunan atau dalam bidang yang berkaitan;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah satu kelebihan;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

Jawatan Kosong BERNAMA Terbuka Tahun 2015
Jawatan Kosong BERNAMA Terbuka Tahun 2015

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil kelayakan akademik), pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 14 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga).
Sumber iklan jawatan BERNAMA ada disini dan disini.
Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. Jawatan Kosong 2015 | Kerja Kosong Kerajaan 2015.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License