Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Saturday, October 4, 2014

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Sektor : Kerajaan
Lokasi : PERAK

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Info kekosongan jawatan Kerajaan di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bulan Oktober 2014 ini. MAPIk mempelawa warganegara Malaysia, RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan, untuk memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi jawatan kosong dibawah ini :

Jawatan : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Guru Al-Quran) (Kontrak)
- Gred : S27
- Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
- Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial

Jawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam (Guru Al-Quran) (Kontrak)
- Gred : S17
- Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
- Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial

Ringkasan Bidang Tugas :
1. Mengajar Al-Quran di Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) / Maahad Tahfiz
2. Memberi pengajian melalui kaedah pembacaan Al-Quran bertajwid kepada pelajar-pelajar yang dhaif dan sederhana dalam pembacaan Al- Quran.
3. Meningkatkan kemahiran pelajar- pelajar dalam pembacaan Al-Quran.


Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (Kontrak)
- Gred : N17
- Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
- Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan

Ringkasan Bidang Tugas : 
1. Menguruskan Agihan Zakat mengikut sasaran yang telah ditetapkan.
2. Menguruskan permohonan mengenai bantuan-bantuan daripada asnaf zakat.
3. Menjalankan kerja-kerja berhubung dengan promosi zakat.
4. Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan tanah Wakaf/Baitulmal.
5. Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Eksekutif dari semasa ke semasa.


Pembantu Tadbir Kewangan (Kontrak)
- Gred : W17
- Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
- Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan

Ringkasan Bidang Tugas : 
1. Menerima semua hasil zakat,wakaf dan baitulmal sertamengeluarkan resit.
2. Menyediakan laporan buku tunai setiap bulan untuk tujuan semakan.
3. Menguruskan Panjar Wang Runcit dan rukupan berkenaan.
4. Penyediaan baucer bayaran semua bantuan yang diluluskan
5. Menyediakan penyata kira-kira wang tunai bulanan.
6. Menguruskan keselamatan peti besi.
7. Menyemak kutipan fitrah amil-amil - Penyata-penyata fitrah
- Laporan pungutan amil-amil
- Daftar kupon-kupon fitrah
8. Membuat semakan fizikal kupon- kupon fitrah yang diterima daripada ibu pejabat.
9. Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Eksekutif dari semasa ke semasa.


Pembantu Am Pejabat (Kontrak)
- Gred : N11
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi : Perkhidmatan, Pentadbiran dan Sokongan.

Ringkasan Bidang Tugas : 
Berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan lain-lain dokumen serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.

Alamat :
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Info lanjut iklan jawatan kosong MAIPk dan syarat permohonan sila muat turun disini.
Sila muat turun borang permohonan jawatan disini.
Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. Jawatan Kosong 2015 | Kerja Kosong Kerajaan 2015.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License