Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Sektor : Badan Berkanun
Lokasi : Kuala Lumpur & Melaka
Sektor : Badan Berkanun
Lokasi : Kuala Lumpur & Melaka
Tarikh dibuka : 13 Sep 2014
Tarikh tutup : 30 Sep 2014
Tarikh tutup : 30 Sep 2014
Jawatan Kosong Terkini PERKESO Terkini Bulan September 2014
Info kekosongan jawatan terkini Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibulan September 2014 di ibu Pejabat PERKESO di Kuala Lumpur dan Melaka. Terdapat kekosongan jawatan : Pengarah Sumber Manusia dan Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi dengan taraf jawatan kontrak 2 tahun.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Melalui 46 buah cawangan di seluruh negara dan sebuah Pusat Rehabilitasi di Melaka, PERKESO sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan melalui maklumat yang tepat dan cepat Sena memelihara hubungan yang baik antara pekerja dan majikan selaras dengan yisi PERKESO selaku peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang menjelang 2020.
Warganegara Malaysia (termasuk anggota PERKESO) yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan dinamik, kompeten dan inovatif Sena ingin memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing adalah dijemput untuk menyertai PERKESO sebagai:
PENGARAH SUMBER MANUSIA (KONTRAK)
IBU PEJABAT, KUALA LUMPUR
SYAHAT-SYARAT KELAYAKAN :
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada lnstitusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
- Berkebolehan unmk memimpin dan mengkoordinasikan sumber manusia secara profesional selaras dengan peranannya sebagai pegawai pengantara kepada semua tenaga di PERKESO; DAN
- Mempunyai kemahiran individu yang tinggi dalam perundingan dan pembentangan rasmi kepada kumpulan-kumpulan yang berurusan dengan pelbagai genap lapisan masyarakat dan agensi Kerajaan serta swasta.
BIDANG TUGAS / SKOP KERJA *:
Bertanggungjawab dalam merangka dan menyediakan Pelan Strategi Sumber Manusia yang disejajarkan dengan Pelan StrategiPERKESO menerusi :
- Penetapan hala mju strategik & pembangunan kompetensi.
- Memastikan kapasiti organisasi malalui penambahbaikan struktur secara berterusan.
- Pembangunan potensi dan analisa keperluan latihan.
- Pembangunan kepakaran tenaga kerja melalui program mendaya upaya bakat & kepimpinan.
- Pengurusan prestasi, penganugarahan dan ganjaran.
- Memimpin budaya kerja berprestasi tinggi melalui program pemantapan integriti serta perhubungan harmoni antara majikan & pakarja.
- Menganalisa pencapaian pelaksanaan program sumber manusia & melaksanakan proses penambahbaikan.
PENGARAH EKSEKUTIF
PUSAT REHABILITASI (KONTRAK)
MELAKA
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam pengurusan institusi kesihatan komuniti, pengurusan hilang upaya, rehabilitasi klinikal atau mana-mana bidang yang setaraf dengannya;
- Berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam urusan perniagaan komersial / korporat (Business Commercial) yang berlatar belakang perubatan / pemulihan; DAN
- Mempunyai kemahiran individu yang tinggi dalam perundingan dan pembentangan rasmi kepada kumpulan-kumpulan yang berurusan dengan pelbagai genap lapisan masyarakat dan agensi Kerajaan serta swasta.
BIDANG TUGAS / SKOP KERJA* :
Bertanggungjawab dalam merangka dan menyediakan Pelan Strategi Pusat Rehabilitasi PERKESO yang disejajarkan dengan Pelan Strategi PERKESO menerusi:
- Penetapan hala tuju strategik pengoperasian & kapasiti perjawatan.
- Pengurusan / pentadbiran serta pematuhan dasar.
- Penyelarasan belanjawan tahunan.
- Perancangan promosi dan pemasaran.
- Menyelia rekabentuk, penyampaian dan kualifi program-program perkhidmatan.
- Memastikan penyampaian perkhidmatan klinikal, pengurusan kemudahan dan penyelidikan yang mencapai tahap piawaian yang ditetapkan selaras dengan agenda kesihatan Negara.
- Mengekalkan daya saing perkhidmatan yang sihat dengan mengambil kira impak dan arah perkembangan semasa dan masa hadapan.
- Menganalisa pencapaian pelaksanaan program Pusat Rehabilitasi PERKESO serta melaksanakan proses penambahbaikan.
CARA MEMOHON:
- Sila kemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ON LINE) melalui Laman Sesawang hr.perkeso.gov.my ATAU melalui borang permohonan jawatan PKS(T)70 yang boleh didapati di alamat PERKESO berikut:
Ketua Eksekutif
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Aras 10, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang
50538 Kuala Lumpur
(u.p:) Bahagian Sumber Manusia
Laman Web: www.perkeso.gov. my
- Senarai kekosongan jawatan adalah untuk lantikan secara kontrak bagi tempoh perkhidmatan selama dua (2) tahun.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 SEPTEMBER 2014.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
Nota :
* Sila rujuk senarai lanjut penghuraian senarai bidang tugas / skop kerja di laman sesawang Perkeso ini.
Advertisement
No comments:
Post a Comment