Jawatan Kosong Terkini KTMB - Keretapi Tanah Melayu Berhad - Oktober 2014

Monday, September 29, 2014

KTMB - Keretapi Tanah Melayu Berhad
Sektor : Badan Berkanun
Lokasi : Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Terkini KTMB - Keretapi Tanah Melayu Berhad Bulan Oktober 2014

Info terkini kekosongan jawatan di KTM Berhad bulan Oktober 2014 ini.  Keretapi Tanah Melayu Berhad mencari individu warganegara Malaysia berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (N09G10).


Kelayakan

Calon luar
• Calon hendaklah berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh iklan ditutup;
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
• Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam
Matematik serta Bahasa Inggeris
• Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian
• Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
• Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi.

Calon dalaman
• Telah disahkan dalam jawatan
• Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam gred 11 ATAU
• Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam gred 12
• Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi
• Diperakui oleh Ketua Jabatan.

Spesifikasi Tugas
• Menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti urusan kakitangan stesen, pejabat, yad dan
depot
• Membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan yang ditetapkan menurut prosidur
pejabat seperti manaip/memproses data, pengendalian mesin/peralatan pejabat (komputer,
mesin photostat, faks dan telefon), pemfailan dokumen dan khidmat pelanggan
• Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarah oleh pegawai penjaga dari masa ke
semasa.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir
peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport
dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap
hendaklah dihantar tidak lewat daripada 13 Oktober 2014 ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Muat turun sumber iklan jawatan kosong KTMB bulan Oktober 2014 disini.
Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. Jawatan Kosong 2015 | Kerja Kosong Kerajaan 2015.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License