Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Tuesday, September 30, 2014

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
Sektor : Badan Berkanun
Lokasi : Perak

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Bulan Nov 2014.

Maklumat kekosongan jawatan di PPPNP bulan Oktober 2014.  Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak mencari individu warganegara Malaysia berkelayakan mengisi kekosongan jawatan Polis Bantuan ( Lelaki dan Wanita ).

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan seperti berikut :

POLIS BANTUAN (LELAKI DAN WANITA)
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI 

KELAYAKAN DAN SYARAT – SYARAT
i. Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut system terbuka dengan lulus enam (6) mata pelajaran iaitu dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam satu peperiksaan ATAU dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut – turut.
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh temuduga.
iii. Bekas – bekas Tentera dan Polis amat dialu – alukan.

KELAYAKAN FIZIKAL
- Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita).
- Berat minimum : 53 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).
- Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 79 sm dan 84 sm semasa menarik nafas.
- Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 25.0.
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
- v / 6 / 9 tanpa cermin mata atau kanta lekap (contact lens).
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental serta lulus pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan x – ray.

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan "resume" yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PETI SURAT 228, 30730 IPOH.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA: 12 NOVEMBER 2014 

*Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Bahagian Sumber Manusia
No. Tel. : 05-2537924 / 05-2537928 samb. 112,124,171

Sumber maklumat iklan jawatan Polis Bantuan di PPPNP sila rujuk disini.
Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. Jawatan Kosong 2015 | Kerja Kosong Kerajaan 2015.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License