Guru Tadika Diperlukan, Penempatan di Tadika Islam Pulau Pinang

Tuesday, September 23, 2014

Tadika Al Azhar Bestari
Sektor : Swasta
Lokasi : Pulau Pinang

GURU TADIKA DI PERLUKAN

Kami sedang mencari calon sesuai untuk bekerja di Tadika kami iaitu sebuah TADIKA ISLAM yang terletak di TELUK KUMBAR, PULAU PINANG.

Jika bekerja lama (lebih setahun) akan dapat peluang naik pangkat, gaji, bonus, percutian dan mengikuti sebarang kursus yang berkaitan Anda ikhlas dengan kami, kami juga akan ikhlas dengan anda serta menjaga kebajikan anda.

Hanya untuk yang serious untuk bekerja sahaja boleh memohon. Tidak bekerja untuk tempoh sementara.

>> GURU TADIKA- 3 ORANG <<

Pihak kami memerlukan ciri-ciri tenaga pendidik seperti:
1. Mesti ada Diploma/Ijazah atau sekurang-kurangnya berpengalaman mengajar Tadika.
2. Muslimah solehah (cukup solat 5 waktu).
3. Kasih & penyabar dengan karenah kanak-kanak.
4. Minat yang tinggi menjadi seorang pendidik, bertanggungjawab dan rajin.
5. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
6. Mahir Tulisan Jawi dan boleh membaca Al Quran.
7. Boleh mengajar Bahasa Melayu, English, Matematik, Tulisan Jawi, Seni (dll) dan menguruskan kanak-kanak berusia 3 sehingga 6 tahun dengan baik.
8. Gaji dari RM 900-1100 (ikut pengalaman).
9. Bekerja Isnin – Jumaat sahaja dari pukul 7.00 – 6.30 ptg.

>>>PEMBANTU PENGURUS MURID - 1 orang <<<

Sekurang-kurangnya SPM dengan pengalaman kerja menjaga kanak-kanak.
- Muslimah solehah (cukup solat 5 waktu).
- Boleh memasak makanan untuk murid Tadika.
- Mahir Tulisan Jawi dan boleh membaca Al Quran.
- Gaji dari RM800 - RM1000
- Boleh menjaga dan menguruskan kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga Sek. Ren. dengan baik.
- Kerja Isnin sehingga Jumaat dari pukul 7.00 pagi sehingga 6.30 petang.
- Mahir dalam penggunaan komputer & internet.
- Mempunyai lesen kereta @ motor.

Pihak kami juga menyediakan beberapa insentif untuk anda:

1. Penginapan disediakan.
2. Disediakan makan PERCUMA pada waktu bekerja.
3. Potongan KWSP & SOCSO.
4. Latihan / training untuk guru baru.
5. Boleh buat part time kelas/ malam/ tuisyen hujung minggu.
6. Bantuan / sokongan untuk pinjaman pembelian kereta / motor (bank).

Anda boleh layari laman web kami www.tadika-alazhar.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami.

Sekiranya anda berminat, anda bolehlah menghantar resume mail pada pihak kami di tadikaalazhar10@gmail.com. Sekiranya anda mempunyai pengalaman mengajar atau bekerja di Taska sila nyatakan.

Hanya calon yang sesuai akan dihubungi. Ingin mengetahui maklumat lebih lanjut lagi bolehlah menghubungi di talian ini  016-422 1780.
Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. Jawatan Kosong 2015 | Kerja Kosong Kerajaan 2015.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License