PDRM - Polis Diraja Malaysia
Sektor : Kerajaan
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan
Lokasi : Kedah
Tarikh temuduga: 3-6 Sep 2014
(WALK-IN INTERVIEW)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1. Pengambilan baru anggota dan pegawai Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia telah dinyatakan dalam Seksyen 36 Akta Polis 1967 (Akta 344), Kaedah PVR Regulation 1956 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
2.1. Warganegara Malaysia.
2.2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun.
2.3. Sekurang-kurangnya lulus SPM atau setaraf dengannya.
2.4. Mempunyai pekerjaan tetap
2.5. Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
2.6. Bersih daripada sebarang rekod jenayah/rekod Cawangan Khas.
2.7. Mempunyai masa lapang untuk hadir bertugas/latihan/aktiviti pasukan terutama pada waktu petang bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengahmalam. Pekerja-pekerja yang sering bertugas di luar daerah tidak digalakkan memohon.
2.8.Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
2.9. Pekerja-pekerja dari kumpulan ‘key personal’ seperti kakitangan hospital/TNB (break down)/Telekom (tech)/Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Swasta tidak layak memohon.
3. KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
3.1 Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162 cm, Wanita : 152 cm
3.2 Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
3.3 Ukuran dada 81 cm biasa, ukuran dada 86 cm tarik nafas (Lelaki sahaja);
3.4 Mempunyai penglihatan yang baik;
3.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
3.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
4. HAD UMUR PERKHIDMATAN DAN ELAUN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
4.1 Pegawai kanan/pegawai pangkat rendah.konstabel sehingga berumur 55 tahun.
4.2. Elaun penugasan pegawai : RM 7.80 sejam dan elaun penugasan PRP dan Konstabel : RM 6.00 sejam.
5. TUAN/ PUAN HENDAKLAH MEMBAWA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-
5.1 Kad pengenalan asal dan 2 keping salinan fotostat
5.2 Sijil kelahiran asal
5.3 Semua sijil-sijil asal kelulusan akademik, transkrip, kegiatan luar dan sijil sijil penghargaan (fotostat)
5.4 Dua (2) keping gambar terbaru berukuran passport
5.5 Pen ball point
6. TUAN / PUAN DIKEHENDAKI BERPAKAIAN KEMAS :-
6.1 Lelaki : seluar panjang, baju lengan panjang dan bertali leher.
6.2 Wanita : pakaian kemas dan sopan (bersesuaian)
6.3 Jeans, kemeja t dan selipar tidak dibenarkan.
6.4 Bawa bersama pakaian sukan ( ujian fizikal ):-
- Seluar pendek (L)
- Track bottom (P)
- T-shirt putih/berwarna
7. MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PENGAMBILAN SUKARELAWAN POLIS
7.1. Bagi anda yang ingin menghadiri temuduga terbuka jawatan konstabel sukarelawan polis, sila bawa bersama pakaian sukan bagi sesi pemeriksaan fizikal.Lelaki: T-shirt dan seluar pendek atau track bottomWanita : T-shirt dan track bottom.
7.2. Kemukakan 1 Salinan kad pengenalan/Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah dan kad pengenalan ibubapa/Sijil Warganegara ibubapa.
8. Eksesais Temuduga Jawatan Inspektor Dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) (Lelaki/Wanita) Siri 3/2014 Kontinjen Kedah (Walk-In Interview) akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
KONTINJEN KEDAH
ALOR SETAR : SEKOLAH LATIHAN POLIS ANAK BUKIT,ALOR SETAR,KEDAH
TARIKH : 3 & 4 SEPTEMBER 2014
MASA : 7:45 PAGI hingga SELESAI
KUALA MUDA : SEKOLAH LATIHAN POLIS KUALA MUDA,SG.PETANI,KEDAH
TARIKH : 5 & 6 SEPTEMBER 2014
MASA : 7:45 PAGI hingga SELESAI
Sumber maklumat daripada laman Facebook Polis Diraja Malaysia.
Advertisement
No comments:
Post a Comment