Jawatan Kosong Pengurus Kewangan di KWSP Bulan Ogos 2014

Monday, August 11, 2014

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - KWSP
Sektor : Kerajaan
Lokasi : Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Pengurus Kewangan di KWSP Bulan Ogos 2014 !

Maklumat jawatan kosong Pengurus Kewangan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Permohonan adalah dipelawa bagi warganegara Malaysia yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk mengisi kekosongan jawatan dibawah ini :

Jawatan Kosong : Pengurus (Kewangan)


PENGURUS - KEWANGAN

TUGAS & TANGGUNGJAWAB:
Bertindak sebagai koordinator di antara semua jabatan di Bahagian Pelaburan yang menjalankan pelaburan global dengan kustodi KWSP dan agen cukai KWSP di luar Negara.
Memantau semakan ke atas ‘tax relief’, ‘withholding tax rate’ dan ‘double tax treaty’ di antara Malaysia dan luar negara di mana KWSP menerima pendapatan daripada pelaburan global.
Pemantauan cukai keatas pelaburan global KWSP bagi memastikan tahap kecekapan cukai KWSP berada pada tahap maksima dan memantau permohonan ‘tax refund’ / ‘reclaim’ dengan rapi.
Mengemaskini status kedudukan dan isu-isu cukai global kepada pihak pengurusan.
Menyemak dan memantau semua transaksi antara syarikat (intercompany transactions) yang melibatkan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu dengan KWSP sebaik sahaja urus niaga berlaku.
Memantau penyediaan Penyata Kewangan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu bagi penyediaan Penyata Kewangan Kumpulan KWSP.
Memantau polisi perakaunan yang diterimapakai oleh semua syarikat subsidiari KWSP adalah selaras dengan polisi perakaunan KWSP yang diluluskan oleh Lembaga.
Terlibat dalam pelaksanaan GST di KWSP apabila pelaksanaannya dikuatkuasakan.


SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Perbankan atau bidang lain yang berkaitan. Calon-calon yang mempunyai kelayakan professional (ACCA / CPA / MIT) akan diberi keutamaan.
Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Mempunyai sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun pengalaman  dalam bidang yang berkaitan.
Mempunyai pengalaman dalam bidang audit percukaian.
Mempunyai kemahiran perakaunan dan analitikal yang baik.
Mempunyai interpersonal yang baik, termasuk kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.


PROSEDUR PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon bersama-sama dengan dokumen berikut :

Resume
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Sijil Kelahiran
Salinan slip gaji terkini
Salinan Sijil PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)
Salinan Transkrip PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)
Salinan sijil SPM
Sijil-sijil ko-kurikulum
Permohonan hendaklah dihantar ke jkew.rec@gmail.com selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2014.

Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Sumber maklumat dari laman sesawang KWSP.


Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. Jawatan Kosong 2015 | Kerja Kosong Kerajaan 2015.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License