Pengambilan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia

Thursday, November 13, 2014

Angkatan Tentera Malaysia
Sektor : Kerajaan
Lokasi : Seluruh Malaysia

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia

Maklumat terkini pengambilan Pegawai Kadet Graduan dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bulan November 2014 ini.

Pemgambilan Pegawai Kadet ATM :
Jantina. Lelaki – TDM, TLDM dan TUDM.
Wanita – TDM, TLDM dan TUDM.
Umur : tidak melebihi 27 tahun pada 31-Disember-2014.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang  berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai  Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Jawatan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia #ATM

Angkatan Tentera Malaysia mengalu-alukan calon-calon yang kompeten, berkredibiliti, berdedikasi, dan  mempunyai sifat kepimpinan serta sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara dengan menyertai perkhidmatan ATM.

Mereka yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan  untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal  Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Alamat :
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Maklumat lengkap iklan jawatan Pegawai Kadet Graduan ATM sila muat turun di laman sesawang ini.

Untuk permohonan secara online laman sesawang JobsMalaysia.
Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. Jawatan Kosong 2015 | Kerja Kosong Kerajaan 2015.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License