Jabatan Penjara Malaysia
Sektor : Kerajaan
Lokasi : Malaysia
Sektor : Kerajaan
Lokasi : Malaysia
Tarikh dibuka : Mei 2014
Tarikh tutup : 01 Jun 2014
Tarikh tutup : 01 Jun 2014
691 Kekosongan Jawatan SPA Jabatan Penjara Malaysia bulan Mei 2014.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Jabatan Penjara Malaysia mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam.Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Dalam bulan Mei ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Jabatan Penjara Malaysia. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 01 Jun 2014 (Ahad) jam 11.59 malam.
Penolong Penguasa Penjara Gred KX27
(Jabatan Penjara Malaysia)
228 kekosongan
Pegawai Penjara Gred KX17
(Jabatan Penjara Malaysia)
463 kekosongan
Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas
MOHONLAH SECARA ONLINE DI PORTAL SPA www.spa.gov.my Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
No comments:
Post a Comment