Jawatan Kosong Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) 2013

Friday, June 21, 2013

Jawatan Kosong Syarikat Air Negeri Sembilan 2013


Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) ialah sebuah syarikat korporat yang ditubuhkan pada 15 Mac 2007 dan telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih peranan dan fungsi pengurusan sistem bekalan air di Negeri Sembilan daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) mulai 1 Januari 2009. SAINS adalah sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Negeri Sembilan (Perbadanan) atau Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporation.

UNIT PENGEBILAN

KERANI PENGEBILAN
Pengisian jawatan tetap sebagai Kerani Pengebilan di Unit Pengebilan Daerah Seremban.  Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja mengemaskini data maklumat pengguna, mengemaskini aduan service-desk serta menguruskan sistem fail di Unit pengebilan.

Syarat-syarat
Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM.
Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima, jujur serta bertanggungjawab.

Sesiapa yang berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran passport  sebelum 24 Jun 2013 kepada:-

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Email : hr_sains@sainswater.com Jana pendapatan online dari blog ! Sila klik disini untuk mula mendaftar.
Advertisement
Share

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. Jawatan Kosong 2015 | Kerja Kosong Kerajaan 2015.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License